Saturday, July 19, 2014

TIPS DAN TATACARA MEMANDU KETIKA HUJAN

Assalamualaikum semua para pembaca keretasewapj dan salam Jumaat.Hari ini Nak bertulis pasal tatacara memandu ketika hujan.Kerana haku sendiri seorang pemandu kereta yang kadang2 menekan pedal minyak ikut suka,walaupun tahu risiko untuk kereta tebalik itu ada..Kerana kereta haku nyaris2 dilanggar kereta dalam keadaan hujan gara2 pemandu membawa kereta seumpama F1.

Memandu ketika hujan lebat memberi kelebihan serta kesan baik untuk sistem penyejukkan, tetapi pada masa yang sama pandangan pemandu kurang jelas manakala permukaan jalan yang basah dan licin boleh mengakibatkan peratusan kemalangan yang tinggi.
www.familiazam.com
Ada tiga aspek sebagai panduan jika berdepan situasi sedemikian. Aspek pertama berkaitan kenderaan yang dipandu, Iaitu:-

  • Pastikan tiada kebocoran pada bahagian bawah kenderaan
  • Semua pintu mempunyai dakapan (seal) yang baik
  • Pastikan tiada kebocoran pada bahagian injin, kotak gear, galas dan bearing. Ini kerana air boleh memasuki bahagian yang bocor akibat tekanan arus tinggi dan ketika meredah jalan dinaiki air
  • Sistem klac, sistem brek serta brek tangan dalam keadaan baik
  • Keadaan bunga tayar yang baik bagi cengkaman sepenuhnya
  • Pengelap (wiper), horn dan sistem elektrial iaitu bahagian lampu depan dan lampu kenderaan mestilah berfungsi dengan baik
Aspek kedua berkaitan langkah yang perlu diambil oleh pemandu ketika meredah jalan yang dinaiki air, Iaitu:-
  • Beri laluan kepada kenderaan berat dan anggarkan ketinggian air yang diredah dengan melihat had tinggi tayar
  • Sekiranya paras air dibawah satu kaki, pemanduan boleh dilakukan tetapi pemandu perlu memendu secara perlahan. Ini bagi mengelakkan percikkan air membasahi injin khususnya bahagian sistem penyalaan
  • Elakkan memendu laju kerana ia boleh menyebabkan bahagian injin dibasahi air dan pengguna jalanraya lain, khususnya penunggang motosikal dan pejalan kaki terkena tempias atau percikkan
  • Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memendu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah. Bagi mengatasi masaalah ini ada beberapa panduan yang boleh dipraktikkan iaitu:
    • Gunakan gear 1 dan 2 bagi kenderaan menggunakan sistem gear manual dan gear 1 bagi sistem automatik
    • Tekan pedal brek serentak dengan pedal minyak bagi menghasilkan kepanasan pada permukaan brek
    • Bagi kenderaan pacuan 4 roda, gear automatik sama seperti gear manual. Hadkan kelajuan antara 5 hingga 15 kmj dan jarakkan kenderaan anda dengan kenderaan dihadapan. Proses ini akan mengeringkan permukaan brek
    • Uji tindakkan diatas berulangkali pada jarak 20 hingga 30 meter sahaja
    • Uji sistem brek pada kelajuan 20 kmj www.familiazam.com
    Sekiranya brek gagal berfungsi, ulangi proses diatas. Selepas itu uji lagi sistem brek sehingga prestasinya memuaskan sebelum memandu laju.
P/s:Nasihat haku yang menyewa kereta sewa pj supaya memandu dengan secara berhemah dan berhati2..Lagi2 bila dalam hujan..Tak  lari kampung dikejar beb..Semua orang nak balik kampung beraya."Pandu cermat..Jiwa Selamat"

Kereta sewa untuk disewa masih ada lagi..boleh telefon direct saya 0178772280-Azam-cepat sebelum kehabisan..

Ingat kereta sewa ingat kereta sewa pj

www.klezcar.com




  

No comments:

Post a Comment