Friday, May 19, 2017

Tiga Sebab Mengapa Percutian Keluarga Itu Penting

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera !

Bilakah kali terakhir anda pergi bercuti bersama keluarga? Seperti kebiasaan, alasan yang sering diguna untuk tidak mengikuti percutian keluarga adalah kerana terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan atau wang yang ada adalah tidak mencukupi.  Namun berhadapan dengan rutin sehari-hari juga akan memberi kesan kepada mental dan fizikal kita dan percutian itu sebenarnya sangat penting bagi menyegarkan semula diri, fikiran dan sumber idea kita.


3 Sebab Mengapa Percutian Keluarga Itu Penting


Berikut adalah tiga sebab percutian keluarga adalah penting dalam kehidupan :


1. Berpeluang meluangkan masa berkualiti dengan keluarga

Di era moden ini, setiap dari kita tidak kira ibu bapa mahupun anak-anak semuanya terikat dengan aktiviti sendiri sama ada kerja, sekolah, aktiviti sukan, perbicangan dan aktiviti-aktiviti lain. Mungkin yang ada hanyalah sedikit masa untuk duduk dan berbual bersama-sama, itupun pada hujung minggu. Itu tidak cukup untuk kita berkongsi kesemua yang terjadi sepanjang tempoh tiadanya perbualan. Jadi, dengan bercuti bersama ia akan mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan dan mampu memberi masa yang berkualiti untuk sesebuah keluarga itu.

2. Mewujudkan kenangan

Jangan lupa untuk merakam foto bersama semasa pergi bercuti sebagai kenangan untuk anda dan keluarga. Hal ini supaya beberapa tahun akan datang anda boleh membuka kembali album dan mengenang kembali kenangan indah ini. Walaupun hakikatnya kenangan yang indah pastinya akan sentiasa tersemat di dalam hati setiap insan.

3. Mempelajari perkara-perkara baru


Tidak kiralah anda dan keluarga bercuti ke luar negara atau hanya di dalam negara, sekiranya anda menjejakkan kaki ke tempat baharu, anda mungkin berpeluang untuk belajar perkara yang berbeza. Walaupun mungkin kewangan anda tidak mengizinkan anda untuk mengambil percutian mewah. Namun, tiada apa yang perlu anda khuatirkan kerana bercuti dalam negara juga sudah memadai, cukuplah ia membawa anda lari dari rutin biasa. Anda dan keluarga pastinya akan mendapat manfaat daripada rehat yang diperolehi dari suasana baru itu. 


Jangan biarkan wang dan masa menjarakkan anda dan keluarga anda. Bercuti bersama pastinya akan membawa banyak manfaat. Kereta Sewa Petaling Jaya sentiasa berbesar hati untuk menemani percutian anda. Jom tempah kenderaan anda sekarang. Myvi, Viva, Alza, Persona, Exora, Vellfire mahupun Van Hiace, semuanya dengan harga yang berpatutan. Tempah Segera ! Kenderaan Terhad.




* Kereta Sewa PJ menawarkan perkhidmatan kereta sewa di PJ, Kelana Jaya, Puchong, Subang dan kawasan sekitar. Call direct line Kereta Sewa PJ 019 3105 777 atau Hotline 1300-88-4040. Anda juga boleh menempah secara online di www.klezcar.com