Wednesday, June 18, 2014

Bisnes Kereta Sewa

Kali ni saya nak share pasal bisnes kereta sewa. Sepanjang penglibatan selama setahun stgh saya dalam bisnes kereta sewa di PJ ini, saya akan ceritakan sedikit sebanyak maklumat kepada anda.
Ianya mungkin sesuai kepada mereka yang berminat atau ada niat nak buat perkhidmatan kereta sewa.

1. FOKUS.
Dlm apa jua bidang yang kita ceburi, kita mesti fokus. Apabila kita buat sesuatu tu dengan fokus, insyaallah result yang kita dapat tu akan boom..

2. MASA.
Masa yang kena spend utk bisnes kereta sewa ini kena lah banyak, nak nak pula pada permulaan bisnes itu tertubuh. Sesetengah pendapat mengatakan bila kita buat bisnes ini, masa lebih banyak akan diperolehi utk spend bersama keluarga, secara tak langsung masa utk bisnes kereta sewa ini sikit shj.

3. MARKETING
Ini boleh dikatakan killer task. Sememangnya jika ada produk tetapi masyarakat umum tidak sedar atau tidak tahu akan kewujudan kita atau servis yang kita tawarkan, maka ianya useless.
Marketing ni secara amnya dibahagikan kepada 2 iaitu marketing secara conventional dan juga unconventional.
Conventional tu macam marketing secara online dan offline.
Unconventional ni saya suka ambil contoh Air Asia, bagaimana diorang boleh buat tiket rm0. So inilah sebenarnya salah satu contoh unconventional marketing.

4. SERVICE
Produk yang kita berikan ini mestilah dalam keadaan kereta sewa bersih dan selesa. Kereta sewa baru dan selalu di jaga maintenancenya, jangan la pulak alignment kereta pun senget sampai 45° pun tak repair2.