Friday, May 19, 2017

Tiga Sebab Mengapa Percutian Keluarga Itu Penting

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera !

Bilakah kali terakhir anda pergi bercuti bersama keluarga? Seperti kebiasaan, alasan yang sering diguna untuk tidak mengikuti percutian keluarga adalah kerana terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan atau wang yang ada adalah tidak mencukupi.  Namun berhadapan dengan rutin sehari-hari juga akan memberi kesan kepada mental dan fizikal kita dan percutian itu sebenarnya sangat penting bagi menyegarkan semula diri, fikiran dan sumber idea kita.


3 Sebab Mengapa Percutian Keluarga Itu Penting


Berikut adalah tiga sebab percutian keluarga adalah penting dalam kehidupan :


1. Berpeluang meluangkan masa berkualiti dengan keluarga

Di era moden ini, setiap dari kita tidak kira ibu bapa mahupun anak-anak semuanya terikat dengan aktiviti sendiri sama ada kerja, sekolah, aktiviti sukan, perbicangan dan aktiviti-aktiviti lain. Mungkin yang ada hanyalah sedikit masa untuk duduk dan berbual bersama-sama, itupun pada hujung minggu. Itu tidak cukup untuk kita berkongsi kesemua yang terjadi sepanjang tempoh tiadanya perbualan. Jadi, dengan bercuti bersama ia akan mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan dan mampu memberi masa yang berkualiti untuk sesebuah keluarga itu.

2. Mewujudkan kenangan

Jangan lupa untuk merakam foto bersama semasa pergi bercuti sebagai kenangan untuk anda dan keluarga. Hal ini supaya beberapa tahun akan datang anda boleh membuka kembali album dan mengenang kembali kenangan indah ini. Walaupun hakikatnya kenangan yang indah pastinya akan sentiasa tersemat di dalam hati setiap insan.

3. Mempelajari perkara-perkara baru


Tidak kiralah anda dan keluarga bercuti ke luar negara atau hanya di dalam negara, sekiranya anda menjejakkan kaki ke tempat baharu, anda mungkin berpeluang untuk belajar perkara yang berbeza. Walaupun mungkin kewangan anda tidak mengizinkan anda untuk mengambil percutian mewah. Namun, tiada apa yang perlu anda khuatirkan kerana bercuti dalam negara juga sudah memadai, cukuplah ia membawa anda lari dari rutin biasa. Anda dan keluarga pastinya akan mendapat manfaat daripada rehat yang diperolehi dari suasana baru itu. 


Jangan biarkan wang dan masa menjarakkan anda dan keluarga anda. Bercuti bersama pastinya akan membawa banyak manfaat. Kereta Sewa Petaling Jaya sentiasa berbesar hati untuk menemani percutian anda. Jom tempah kenderaan anda sekarang. Myvi, Viva, Alza, Persona, Exora, Vellfire mahupun Van Hiace, semuanya dengan harga yang berpatutan. Tempah Segera ! Kenderaan Terhad.




* Kereta Sewa PJ menawarkan perkhidmatan kereta sewa di PJ, Kelana Jaya, Puchong, Subang dan kawasan sekitar. Call direct line Kereta Sewa PJ 019 3105 777 atau Hotline 1300-88-4040. Anda juga boleh menempah secara online di www.klezcar.com


Sunday, April 16, 2017

Bagaimana Menjaga Bateri Kereta (3 Cara) ?

Bagaimana Menjaga Bateri Kereta (3 Cara) ?


Assalamualaikum, Dah lari bajet bulan ni sebab terpaksa beli bateri kereta sekali lagi? Baru je tukar bateri haritu, belum cukup tempoh dah perlu ditukar lagi. Macam mana nak jaga bateri bagi tahan lama ni? 

Ok, jika itu yang anda alami, mari kami kongsikan 3 cara bagaimana untuk anda menjaga bateri kereta supaya tidak lagi perlu diganti dengan kerap. Sebagai pemilik kenderaan penting untuk anda tahu perkara ini, hanya perlukan 5 minit sahaja masa anda sebelum anda memulakan perjalanan. Jom Ambil Tahu !


1) Penyelenggaraan air bateri

Lakukan penyelenggaraan pada air bateri seminggu sekali. Isikan semula sehingga ia mencapai tahap yang normal sekiranya telah berada pada paras yang rendah, .


*Elakkan isi air bateri secara berlebihan kerana limpahan tersebut boleh merosakkan bahagian enjin kereta yang lain.



2) Buang Debu Putih


Buangkan debu putih pada terminal bateri dengan cara :

Bancuhkan natrium karbonat (serbuk penaik) dan satu sudu teh serbuk serta satu cawan air dan bilaskan terminal tersebut. Kemudian, bilas pula dengan air biasa.


3) Memeriksa Keadaan Bateri

Pastikan periksa bateri terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Hal ini kerana a
da kemungkinan penutup bateri hilang, bahagian bateri retak dan sebagainya. Dengan ini, anda dapat mengelakkan risiko yang boleh membahayakan keselamatan dalam perjalanan tersebut.


Sumber : Forum


* Kereta Sewa PJ menawarkan perkhidmatan kereta sewa di PJ, Kelana Jaya, Puchong, Subang dan kawasan sekitar. Call direct line Kereta Sewa PJ 019 3105 777 atau Hotline 1300-88-4040. Anda juga boleh menempah secara online di www.klezcar.com

Friday, April 14, 2017

Kereta Sewa KL | 12 Lokasi Menarik PERCUMA di Kuala Lumpur

Kali ini saya akan kongsikan kepada anda 12 lokasi menarik di KL yang PERCUMA, tidak perlu membayar tiket untuk masuk ke tempat tersebut.
Maklum la, sekarang ni semua keluarga cuba mengawal kewangan masing-masing. Tetapi nak bawa keluarga bersiar-siar, tapi nak bajet. Haa jangan risau, saya akan kongsikan pada anda semua.

Jika kereta anda tidak muat untuk membawa keluarga anda bersiar-siar di KL, jangan risau, hubungi sahaja kereta sewa KL untuk menyewa kereta mpv atau pun sedan dengan kami.
Sila simpan no ni yer, 019 310 5777 atau 1300 88 4040 Kereta Sewa Klezcar Seluruh Malaysia.

Ok, ini saya senaraikan 12 lokasi yang anda bole lawati dengan percuma.

1. Muzium Polis Diraja Malaysia.
2. National Textile Museum
3. Bank Negara Museum Art & Gallery
4. Bangunan Sultan Abdul Samad
5. Dataran Merdeka
6. Museum of Asian Art
7. Taman KLCC
8. Hutan Simpan Bukit Nenas (Taman Eko Rimba KL)



9. Taman Orkid Kuala Lumpur
10. Taman Tasik Titiwangsa
11. Taman Rusa Dan Kancil
12. Galeri Petronas KLCC

* Kereta Sewa PJ menawarkan perkhidmatan kereta sewa di KL, PJ, Kelana Jaya, Puchong, Subang dan kawasan sekitar. Call direct line Kereta Sewa PJ 019 3105 777 atau Hotline 1300-88-4040. Anda juga boleh menempah secara online di www.klezcar.com

Sunday, April 09, 2017

Kereta Sewa PJ | Bukan Sahaja Kawasan PJ, Malah KL Juga Kami Sediakan Servis Kereta Sewa Ini.

Anda mencari kereta sewa di KL?
Kami ada jawapan untuk anda. Hubungi sahaja Kereta Sewa PJ 0193105777 untuk mendapatkan perkhidmatan kereta sewa KL.

Jarak lokasi pejabat kami yang berada di Taman Sri Manja hanyalah berada lebih kurang 7 km sahaja dengan kawasan Mid Valley dan Bangsar.

Kami juga ada menyediakan kereta sewa mewah di KL seperti Vellfire dan Honda Accord.

Anda perlukan kereta sewa bersama dengan pemandu (chauffeur), jangan risau kami ada sediakan servis ini untuk anda.

* Kereta Sewa PJ menawarkan perkhidmatan kereta sewa di PJ, KL Kelana Jaya, Puchong, Subang dan kawasan sekitar. Call direct line Kereta Sewa PJ 019 3105 777 atau Hotline 1300-88-4040. Anda juga boleh menempah secara online di www.klezcar.com

Thursday, March 30, 2017

Kereta Sewa Breakdown? Jangan Risau.

Ramai di kalangan pelanggan kami menyuarakan rasa kebimbangan apabila mereka meyewa kereta dengan mana-mana syarikat, dan kereta sewa tersebut mengalami masalah di tengah jalan, macam mana mereka nak uruskan.

Apa tah lagi menyewa kereta di Kelana Jaya sebagai contoh, tapi breakdown di Kulim, Kedah masa perjalanan pulang ke kampung. Kan dah mula start panik. 

Tapi anda jangan risau, apabila anda menggunakan perkhidmatan kereta sewa PJ yang mana kami bernaung di bawah jenama KLEZCAR, kami menjanjikan anda akan mendapat kereta ganti dalam masa 24jam. 

Cawangan Klezcar yang banyak dan berada di seluruh Malaysia adalah memberikan satu kelebihan kepada pihak kami untuk manawarkan jaminan ini kepada semua pelanggan kami. 

Jika anda mengalami masalah di tengah malam, hubungi sahaja talian hotline kami 1300 88 4040 yang beroperasi 24jam. 

Mungkin ada yang masih tidak tahu, Klezcar juga mempunyai kaunter kereta sewa di KLIA2. Anda tidak perlu lagi risau dan tidak perlu menunggu masa yang lama untuk menunggu kereta sewa tiba di KLIA yang mana ianya dihantar dari lokasi lain. Anda akan jimat dari segi caj penghantaran yang dikenakan kepada anda. 

Anda boleh menghubungi talian direct kaunter kereta sewa KLIA2 019 7638 777 atau membuat tempahan secara online di http://www.klezcar.com/


* Kereta Sewa PJ menawarkan perkhidmatan kereta sewa di PJ, Kelana Jaya, Puchong, Subang dan kawasan sekitar. Call direct line Kereta Sewa PJ 019 3105 777 atau Hotline 1300-88-4040. Anda juga boleh menempah secara online di www.klezcar.com

Wednesday, March 22, 2017

Chauffeur Service @ Perkhidmatan Sewa Kereta Dengan Pemandu | Kereta Sewa PJ

Mungkin ada yang tidak sedar pihak Kereta Sewa PJ ada menyediakan perkhidmatan Chauffeur atau sewa kereta bersama pemandu. Perkhidmatan ini disediakan bagi memenuhi permintaan pelanggan yang memerlukan pemandu peribadi bagi tempoh yang singkat mahupun panjang, Insyaallah pihak Kereta Sewa PJ amat berbesar hai untuk melayan permintaan pelanggan.

Harga yang kami tawarkan amat kompetetif. Untuk penggunaan kereta Vellfire bersama dengan pemandu, kami hanya mengenakan caj sebanyak rm950 sahaja untuk perkhidmatan dalam bandar Kuala Lumpur dari jam 8am-5pm. Caj ini adalah termasuk dengan minyak, tol dan parking. Pihak pelanggan tidak perlu membayar kos minyak dan tol yang mana ianya sudah termasuk di dalam pakej yang kami sediakan ini.

Selain dari kereta sewa Vellfire, kami juga mempunyai Estima, Alphard, Innova, Exora, Van Hiace, Accord, Camry dan lain-lain model.

Hubungi sahaja pihak Kereta Sewa PJ di talian 0193105777 untuk menempah perkhidmatan chauffeur anda.




* Kereta Sewa PJ menawarkan perkhidmatan kereta sewa di PJ, Kelana Jaya, Puchong, Subang dan kawasan sekitar. Call direct line Kereta Sewa PJ 019 3105 777 atau Hotline 1300-88-4040. Anda juga boleh menempah secara online di www.klezcar.com

Thursday, March 16, 2017

Kereta Sewa PJ | Stok Minyak Enjin Liqui Moly

Sebut sahaja minyak enjin jenama Liqui Moly, tentu sahaja perkara pertama yang melintas di kepala anda adalah MAHAL.

Tak dapat dinafikan, memang minyak enjin Liqui Moly ini adalah kategori minyak yang mahal, kenapa mahal? Sudah tentulah kualiti yang tinggi yang dijamin oleh pihak pengeluar dari German ini.

Kesemua kereta sewa PJ dan kereta sewa di bawah jenama Klezcar seluruh Malaysia menggunakan minyak enjin jenama Liqui Moly ini demi menjamin keselamatan dan keselesaan pelanggan kami.

Walaupun pihak syarikat terpaksa membelanjakan wang yang lebih, tapi kami sanggup kerana ianya dapat memberikan kepuasan kepada pelanggan setia kereta sewa PJ.





* Kereta Sewa PJ menawarkan perkhidmatan kereta sewa di PJ, Kelana Jaya, Puchong, Subang dan kawasan sekitar.
 Call direct line Kereta Sewa PJ 019 3105 777 atau Hotline 1300-88-4040.
Anda juga boleh menempah secara online di www.klezcar.com

Monday, March 13, 2017

Kereta Sewa PJ | Pasar Malam Taman Sri Manja

Setiap hari Selasa malam bermula awal jam 4petang, peniaga yang berniaga di tapak pasar malam di Taman Sri Manja mula bersiap sedia, mula menghidangkan juadah lauk pauk, mula membentangkan kanvas mempamerkan bahan jualan mereka.

Lokasi pasar malam ini adalah di Jalan PJS 3/34, iaitu di hadapan Restoran Desaria.

Pelbagai barangan boleh anda dapati di sini, dari segi makanan, nasi kerabu, nasi ayam dan pelbagai lagi. Barangan baju wanita, barangan basah seperti ikan dan ayam, dan ada juga bundle.

Office kereta sewa PJ berada di kompaun yang sama dengan tapak pasar malam ini, selang 1 blok sahaja. Cukup mudah untuk mencari office kami yang beralamat di No26-2, jln pjs3/34, tmn sri manja 46000 pj, selangor.

* Kereta Sewa PJ menawarkan perkhidmatan kereta sewa di PJ, Kelana Jaya, Puchong, Subang dan kawasan sekitar. Call direct line Kereta Sewa PJ 019 3105 777 atau Hotline 1300-88-4040. Anda juga boleh menempah secara online di www.klezcar.com

Saturday, March 11, 2017

Kereta Sewa PJ | Kereta Sewa Klezcar Sentiasa Di Jaga Rapi

Semua kereta sewa kami di jaga rapi dari segi penyelenggaraan dan kebersihan nya.
Ini bagi memastikan keselamatan dan keselesaan bagi semua pelanggan Kereta Sewa PJ terjamin.

Kami tak nak pelanggan kami mengalami sebarang masalah dalam tempoh mereka menggunakan perkhidamatan kereta sewa kami.

Jika ianya berlaku juga, pelanggan kami boleh menghubungi talian hotline klezcar iaitu 1300884040 yang beroperasi 24jam untuk melaporkan sebarang permasalahan.

* Kereta Sewa PJ menawarkan perkhidmatan kereta sewa di PJ, Kelana Jaya, Puchong, Subang dan kawasan sekitar.

 Call direct line Kereta Sewa PJ 019 3105 777 atau Hotline 1300-88-4040.

Anda juga boleh menempah secara online di www.klezcar.com

Wednesday, March 08, 2017

WAHAI ANAK MUDA, SABAR SEKETIKA!


WAHAI ANAK MUDA, SABAR SEKETIKA!


.
Di era keadaan ekonomi negara kini yang tidak menentu dan stabil, pendam dahulu niat nak berkereta baru, nak upgrade kereta itu dan ini.

Kereta Toyota Vios sebulan RM 850, belum dikira minyak yang makin lama makin naik, tol jalan raya, insuran (takaful), servis, tayar, bateri & lain2;
.
📌 Ansuran RM 850 x 12 bulan = RM 10,200
📌 Minyak RM 300 x 12 bulan = RM 3,600
📌 Insuran (tahun berikutnya) RM 2,000
📌 Servis RM 289 x 4 kali setahun = RM 1,156
📌 Tayar ???
📌 Bateri ???
Yang tertulis sahaja sudah RM 16,956. Belum masuk tayar, bateri, tol & kos lain2 lagi.

Membebankan bukan??
.
Jadi kami ada jalan untuk anda dari terjebak dalam bebanan ini. Jika anda perlukan kenderaan perjalanan yang jauh. Kami KLezcar Petaling Jaya sedia membantu anda.

👌 Viva seminggu RM 500
👌 Axia seminggu RM 650
👌 Myvi seminggu RM700
👌 Alza seminggu RM 1,050

KENDERAAN DIJAMIN BERSIH, SELESA DAN WELL MAINTAINANCE!
.
Win2 situation, korang boleh jalan jauh, kenderaan baru, bersih & selesa. Kitorang boleh cari samah seriyal 🤣
.
Dengan syarat, kena tempah awal!
💋 Tempah untuk raya seminggu awal!
💋 Tempah untuk cuti hujung tahun seminggu awal!
Jadilah pengguna yang bijak 🤞


"Cars For Everyone, Anytime & Anywhere"

☎️ Office       : 019-3105777
📞 Hotline      : 1300-88-4040
💻 Website     : www.klezcar.com
Alamat          : NO. 26/2, JALAN PJS 3/34, TAMAN SRI MANJA 46000, PETALING JAYA SELANGOR.

Sunday, March 05, 2017

Kereta Sewa KL | Kedai Aksesori Handphone Murah

Haa kali ni admin nak share dengan para pembaca mengenai kedai aksesori handphone yang murah, harga tak masuk akal. Maklum la, sekarang ni kan musim ekonomi tak berapa cantik, semua orang duk fikir nak berjimat cermat dan lebih berhati hati dalam berbelanja.

Admin sendiri dah pergi ke kedai ni beberapa kali. Yang konfirm nya, setiap kali beli handphone baru je, mesti pergi ke kedai ni untuk membeli beberapa aksesori seperti screen protector dan housing.

Terbaru admin ke sana, admin membeli screen protector jenis tempered glass pnya, bukannya sekadar screen protector lapisan plastik mcm biasa tu, cuba teka harga berapa?

Haa mesti ingat harga nya puluh puluh ringgit kan. Masih lagi admin teringat, masa tahun 2014, ada kawan admin beli tempered glass untuk samsung note3, masa tu harga rm120. Perghh, tak masuk akal langsung bg admin.

Harga yang admin beli baru baru ni adalah rm5 sahaja. Siap pasang beb. Masa tu, kat kedai handphone yang admin beli, diorang nak rm20 siap pasang. Nasib baik admin tak beli masa tu.

So kalau korang nak beli apa apa sahaja aksesori handphone pada harag tak masuk akal, boleh lah berkunjung ke kedai ustaz ni di depan Uptown Damansara, PJ.

Sekarang ni owner dah buka di beberapa lokasi, lokasi lain selain Uptown adalah di PKNS shah alam. Yang lain admin tak pasti la pulak.


* Kereta Sewa PJ menawarkan perkhidmatan kereta sewa di PJ, Kelana Jaya, Puchong, Subang dan kawasan sekitar. 
Call direct line Kereta Sewa PJ 019 3105 777 atau Hotline 1300-88-4040.


Saturday, March 04, 2017

Kereta Sewa KL | Powerman Malaysia Asia Championship 2017

Tap to create a note
Klezcar berada di event Powerman Malaysia Asia Championshio 2017 di Putrajaya.

Klezcar di beri peluang untuk menaja air mineral klezcar bagi semua peserta yang lebih kurang 3000 peserta dari luar dan dalam negara.

Masing- masing membawa basikal dan peralatan mereka sendiri, terbang jauh dari beberapa negara seperti Europe dan Asia yang lain.

Sempat berborak dengan beberapa peserta, cuba teka harga basikal mereka berapa rm? ada yang beharga rm70k tu. Tak berani nak pegang. Hehe.



Kereta Sewa Klezcar PJ 0193105777 @ 1300884040

Kereta Sewa PJ | Sewa Kereta Jimat 50%

Kali ni Kereta Sewa PJ ingin kongsikan rahsia dengan anda semua. Rahsia bagaimana untuk mendapatkan diskaun sewaan sebanyak 50% untuk sewaan kereta sewa.

Kereta Sewa PJ sudah bulatkan di dalam gambar dibawah. Dengan mengisi borang survey, anda akan mendapat potongan harga sebanyak 50% dari harga asal.

Bayangkan dari harga asal sewaan myvi rm130, anda hanya perlu membayar rm65 sahaja untuk tempoh sewaan yang sama iaitu 24 jam. Penjimatan 50% untuk anda selaku pelanggan setia Kereta Sewa Klezcar.




* Kereta Sewa PJ menawarkan perkhidmatan kereta sewa di PJ, Kelana Jaya, Puchong, Subang dan kawasan sekitar. 
Call direct line Kereta Sewa PJ 0193105777 atau Hotline 1300-88-4040.

Kereta Sewa PJ | Restoran Sedap di Taman Medan, PJ

Anda nak tahu restoran best untuk korang makan tengah hari?
Meh saya rekemenkan anda satu restoran yang sedap.

Restoran Mek & Catering di depan Masjid Jumhuriyah, Taman Medan, PJ.
Korang search je Masjid Jumhuriyah Taman Medan, mesti jumpa punya lah.
Restoran ni betul-betul depan masjid tersebut.

Kedai ni kedai Kelantan. Menu masakan dia boleh membuatkan anda meleleh beb. Try makan ikan bakar diorang, cicah air asam yang power, perghhh tangkap leleh beb.

Selalunya antara yang saya suka makan adalah ikan bakar atau daging gulai kawah. Tambah dengan budu cicah dengan ulam-ulaman segar, memang sangkut abis.


Nanti korang ada masa boleh datang ke kedai ni yer. 
Dan jangan tak tahu pula, office Kereta Sewa PJ ni hanyalah di taman bersebelahan sahaja iaitu Taman Sri Manja. 
Call sahaja 0193105777 atau 1300 88 4040 untuk menyewa kereta dengan Kereta Sewa PJ.

* Kereta Sewa PJ menawarkan perkhidmatan kereta sewa di PJ, Kelana Jaya, Puchong, Subang dan kawasan sekitar. 
Call direct line Kereta Sewa PJ 0193105777 atau Hotline 1300-88-4040.



Thursday, March 02, 2017

Kereta Sewa KL | Kenapa Bulan Feb Ada 28 @ 29 hari


Kenapa Bulan Februari Ada 28 dan 29 Hari?

Ramai yang masih tidak tahu mengapa bulan Februari merupakan bulan yang paling sikit hari di dalam satu bulan, berbeza dengan bulan-bulan yang lain yang mempunyai 30 dan 31 hari.

Asal usul Tahun Masehi ada sejarahnya, yang mana sebelumnya bulan hanya ada 10 bulan kecuali Januari dan Februari. Bulan yang diguna pakai sekarang diubah oleh Julius Cesar sekembali dari Mesir dan  musim yang berubah menjadi empat musim. 



Bulan yang digunakan sebelum ini juga hanya mepunyai 28 dan 29 hari. Julius Cesar menambah menjadi 30 dan 31 hari, namun begitu bulan Februari menjadi 28 hari.

Kelebihan 6jam setiap tahun menjadikan tahun ke empat menjadi 24jam, sebab itulah setiap empat tahun ada tahun lompat.


Tempahan secara online 

Semak Harga

Pertanyaan - Hotline
1300 88 4040

Kereta Sewa PJ | Myvi Menjadi Rebutan

Tak dapat disangkal lagi, setiap kali hujung minggu menjelma, kereta yang paling laris adalah Perodua Myvi yang berjaya menambat hati para pelanggan kami yang memerlukan kereta sewa.

Mungkin faktor rekabentuk body kenderaan ini yang kompak dan elegan, penggunaan minyak yang efisyen dan keselesaan untuk memandu dalam jarak dekat mahupun jauh menjadi kan Myvi adalah pilihan no1 penyewa kereta.

Kepada para pelanggan kami, selain dari Myvi, kami juga ada menyediakan beberapa model lain seperti, Axia, Alza, Saga, Civic, Accord, Alphard, Vellfire.

Hubungi sahaja talian kami 0193105777 @ 1300884040 untuk perkhidmatan kereta sewa PJ.

Anda juga boleh membuat tempahan online melalui www.klezcar.com


Kereta Sewa PJ


* Kereta Sewa PJ menawarkan perkhidmatan kereta sewa di PJ, Kelana Jaya, Puchong, Subang dan kawasan sekitar. 
Call direct line Kereta Sewa PJ 0193105777 atau Hotline 1300-88-4040.