Saturday, July 26, 2014

Assalamualaikum para pembaca kereta sewa pj yang dikasihi.Lagi Beberapa hari sahaja untuk kita melangkah meninggalkan bulan ramadan,Mungkinkah ini tahun terakhir untuk kita?Hari ini merupakan hari yang agak sibuk sekali untuk kita di kereta sewa pj kerana pelanggan-pelanggan mula datang dan mengambil kereta untuk pulang berhari raya dikampung halaman masing2.Bermacam2 ragam pelanggan yang datang,ada yang sudah menunggu dibawah jam 8.30pagi lagi semata2 untuk pulang awal untuk mengelakan kesesakan jalan raya,Ada yang pulang ke melaka,kedah kelantan..Anak2 kecil riang menjerit untuk pulang beraya dikampung bersama saudara mara,pakai baju baru,kasut baru dan paling penting dapat duit raya..

Kami di kereta sewa pj akan beraya pada 28/7/2014 dan buka semua kedai pada 2/8/2014,Dan Alhamdulillah,semua kereta kami berada diatas jalan sepanjang hari yang berbahagia ini.Ucapan terima kasih kerana menyokong kami di kereta sewa pj tanpa anda..siapa lah kami.Pesanan kami disini,Berhati2 semasa memandu,kalau mengantuk berhenti di kawasan rehat dan rawan..Memandu pada had laju yang dibenarkan.jangan ada nanti surat cinta datang ke meja kami.Susah nanti..lagi2 lepas hari raya,banyak benda nak dibayarnya nanti..

Sekian dari kami kereta sewa pj,sekiranya ada salah dan silap,layanan kami sama ada secara langsung atau tidak langsung dan yang baik datangnya daripadaNya dan yang buruk itu datang dari kami..Ucapan Selamat hari Raya..maaf Zahir batin dari kami kereta sewa pj.


"Ingat kereta sewa..ingat kereta Sewa pj"

www.klezcar.com

Friday, July 25, 2014

Berapa Kerap Anda Patut Periksa Paras Minyak Enjin/Minyak Hitam? 

Anda disarankan untuk periksa paras minyak hitam sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. Kalau boleh buat lebih daripada sekali – itu lagi baik. Terutamanya bagi kereta yang disewakan kepada orang ramai, perkara ini patut diberi perhatian yang serius!!

Mengapa Anda Patut Titik Beratkan Pemeriksaan Minyak Hitam?




Kenderaan kita boleh diibaratkan seperti badan kita sendiri. Jika terlalu sibuk hingga mengabaikan kesihatan diri, maka natijahnya sudah pasti padah! Begitu juga dengan kenderaan kita, jika terlalu leka dan mengambil remeh hal ehwal penyenggaraannya, jangan terkejut jika bengkel kereta menjadi rumah utama kenderaan anda!


Anda patut risau tentang paras minyak hitam berbanding dengan warnanya. Enjin yang membakar minyak dengan kadar banyak berkemungkinan disebabkan oleh injap yang telah rosak, atau gelang omboh (piston rings) serta lain-lain bahagian yang perlu diganti. Walaupun tiada kesan bocoran yang boleh dilihat di bawah kereta, kenderaan anda masih boleh mengalami kebocoran minyak.

Walau apa jua puncanya, paras minyak hitam yang rendah bermakna terdapat kekurangan pelincir untuk enjin anda. Ini boleh menyebabkan peningkatan kadar haus dan lusuh (wear and tear). Minyak yang mengelilingi enjin anda sebenarnya membantu untuk menyejukkan bahagian yang bergerak. Jadi, jika minyak  ini tidak mencukupi, enjin anda akan menjadi lagi panas!



Minyak enjin berwarna kuning jingga/ambar pada asalnya dan kemudian berubah menjadi gelap hingga akhirnya menjadi hitam. Walaupun ini menjadi petunjuk untuk menukar minyak hitam, anda patut gunakan masa dan jarak sebagai panduan anda. Ikuti selang untuk masa/jarak yang telah ditetapkan oleh pengeluar kereta anda dan pastikan anda membuat penukaran minyak sekurang-kurangnya setahun sekali tak kira berapa jauh pun anda telah memandu.

p/s:Raya tinggal lagi beberapa hari je lagi..mungkin ada yang outstation jauh.Tunggu apa lagi,Pergi le servies kereta tue.Nanti kalo bengkel semua full book untuk servies.Sendiri yang susah nanti.

Terima kasih kerana membaca hasil nukilan dari kami keretasewapj 

Ingat kereta sewa..ingat keretasewapj

www,klezcar.com

Saturday, July 19, 2014

TIPS DAN TATACARA MEMANDU KETIKA HUJAN

Assalamualaikum semua para pembaca keretasewapj dan salam Jumaat.Hari ini Nak bertulis pasal tatacara memandu ketika hujan.Kerana haku sendiri seorang pemandu kereta yang kadang2 menekan pedal minyak ikut suka,walaupun tahu risiko untuk kereta tebalik itu ada..Kerana kereta haku nyaris2 dilanggar kereta dalam keadaan hujan gara2 pemandu membawa kereta seumpama F1.

Memandu ketika hujan lebat memberi kelebihan serta kesan baik untuk sistem penyejukkan, tetapi pada masa yang sama pandangan pemandu kurang jelas manakala permukaan jalan yang basah dan licin boleh mengakibatkan peratusan kemalangan yang tinggi.
www.familiazam.com
Ada tiga aspek sebagai panduan jika berdepan situasi sedemikian. Aspek pertama berkaitan kenderaan yang dipandu, Iaitu:-

  • Pastikan tiada kebocoran pada bahagian bawah kenderaan
  • Semua pintu mempunyai dakapan (seal) yang baik
  • Pastikan tiada kebocoran pada bahagian injin, kotak gear, galas dan bearing. Ini kerana air boleh memasuki bahagian yang bocor akibat tekanan arus tinggi dan ketika meredah jalan dinaiki air
  • Sistem klac, sistem brek serta brek tangan dalam keadaan baik
  • Keadaan bunga tayar yang baik bagi cengkaman sepenuhnya
  • Pengelap (wiper), horn dan sistem elektrial iaitu bahagian lampu depan dan lampu kenderaan mestilah berfungsi dengan baik
Aspek kedua berkaitan langkah yang perlu diambil oleh pemandu ketika meredah jalan yang dinaiki air, Iaitu:-
  • Beri laluan kepada kenderaan berat dan anggarkan ketinggian air yang diredah dengan melihat had tinggi tayar
  • Sekiranya paras air dibawah satu kaki, pemanduan boleh dilakukan tetapi pemandu perlu memendu secara perlahan. Ini bagi mengelakkan percikkan air membasahi injin khususnya bahagian sistem penyalaan
  • Elakkan memendu laju kerana ia boleh menyebabkan bahagian injin dibasahi air dan pengguna jalanraya lain, khususnya penunggang motosikal dan pejalan kaki terkena tempias atau percikkan
  • Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memendu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah. Bagi mengatasi masaalah ini ada beberapa panduan yang boleh dipraktikkan iaitu:
    • Gunakan gear 1 dan 2 bagi kenderaan menggunakan sistem gear manual dan gear 1 bagi sistem automatik
    • Tekan pedal brek serentak dengan pedal minyak bagi menghasilkan kepanasan pada permukaan brek
    • Bagi kenderaan pacuan 4 roda, gear automatik sama seperti gear manual. Hadkan kelajuan antara 5 hingga 15 kmj dan jarakkan kenderaan anda dengan kenderaan dihadapan. Proses ini akan mengeringkan permukaan brek
    • Uji tindakkan diatas berulangkali pada jarak 20 hingga 30 meter sahaja
    • Uji sistem brek pada kelajuan 20 kmj www.familiazam.com
    Sekiranya brek gagal berfungsi, ulangi proses diatas. Selepas itu uji lagi sistem brek sehingga prestasinya memuaskan sebelum memandu laju.
P/s:Nasihat haku yang menyewa kereta sewa pj supaya memandu dengan secara berhemah dan berhati2..Lagi2 bila dalam hujan..Tak  lari kampung dikejar beb..Semua orang nak balik kampung beraya."Pandu cermat..Jiwa Selamat"

Kereta sewa untuk disewa masih ada lagi..boleh telefon direct saya 0178772280-Azam-cepat sebelum kehabisan..

Ingat kereta sewa ingat kereta sewa pj

www.klezcar.com