Thursday, July 10, 2014

Mengenal Pasti Saat untuk Menukar Penyerap Kejutan (Shock Absorber)

Assalamualaikum wahai pembaca keretasewapj,Semoga sihat sejahtera dan sabar menempuh bulan Ramadan yang mulia ini.Hari ini nak share sedikit ilmu tentang "Absorber"walaupun tak berapa power,tapi sekadar untuk berkongsi,tak salah pun kan.

Apa itu Absorber? 

Apa yang kita kenali sebagai “shock absorber” atau “absorber” dalam dunia automotif sebenarnya merujuk kepada komponen penting berdekatan dengan tayar kenderaan. Kalau tak ada, perjalanan kereta boleh menjadi tidak selesa; dikejutkan dengan pelbagai “dugaan” di jalanan. Absorber atau istilah bahasa Melayunya, penyerap kejutan, membantu sistem ampaian (suspension system) kenderaan anda dengan menyokong bahagian atas roda dan gandar (axle) kenderaan.
Antara tanda absorber berkemungkinan mempunyai masalah adalah seperti berikut:
  • Masalah ketika ingin menghentikan kenderaan – penyerap kejutan yang telah rosak boleh menambah hingga 20% jarak untuk anda hentikan kenderaan;
  • Apabila kenderaan anda terturun ke bawah pada bahagian hadapan ketika berhenti;
  • Gegaran pada stereng;
  • Terkesan oleh angin lebih-lebih lagi apabila angin tersebut tidaklah kuat;
  • Sukar mengawal kenderaan di selekoh;
  • Kenderaan berada dalam keadaan melantun-lantun setelah melalui bonggol jalan atau permukaan yang tidak rata; dan
  • Keadaan tayar yang mempunyai kesan botak tidak sekata.
Adalah penting bagi seseorang pemilik kenderaan untuk menguji keadaan absorber. Menurut satu sumber, kebanyakan pemandu tidak menyedari bahawa keadaan absorber adalah penting untuk keselamatan kenderaan. Keselesaan serta kesenangan membawa kereta hanyalah hasil sampingan daripada fungsi absorber. Tujuan utama absorber adalah untuk mengawal kenderaan dan mengurangkan haus pada seluruh sistem suspension.

Cara mudah untuk mengesan" Absorber" bermasalah..Sila dapatkan nasihat pakar.=)

Ingat kereta Sewa ingat Keretasewapj www.klezcar.com


No comments:

Post a Comment