Monday, July 09, 2018

Melabur Melalui Cara Pajak Kereta


Melabur Kereta Melalui Cara Pajak



Anda ada kereta tapi tidak tahu hendak bisnes apa?


Hendak mencari pendapatan extra?


Ingin mendapat 'income' bulanan bersih tanpa perlu pening kepala segala masalah kereta anda?



Kami dari pihak KLEZCAR membuka peluang kepada anda menjadi 'partnership' dalam perniagaan kereta sewa iaitu melalui pajakan kereta. 


Anda hanya perlu pajak kereta anda kepada syarikat KLEZCAR dalam tempoh setahun atau dua tahun, dan segala bayaran 'monthly instalment', 'roadtax' dan 'maintenance' akan ditanggung oleh syarikat KLEZCAR.




Antara syarat-syarat yang dihendaki;
  1. Kereta hendaklah baru ataupun kurang dari 1 tahun.
  2. Pemilihan kereta perlulah mengikut permintaan pelanggan kami
  3. Minima 1 tahun dan maksima selama 2 tahun dalam perjanjian pajak kereta
  4. Pemilik kereta perlu tahu akan risiko-risiko yang boleh berlaku.
  5. Akan melakukan perjanjian melalui cara mudharabah iaitu perkongsian keuntungan


    Jika berminat dengan perniagaan ini, boleh isikan borang pra-pendaftaran dengan hanya menekan gambar di bawah ;





    Pra pendaftaran pajak kereta



Friday, May 19, 2017

Tiga Sebab Mengapa Percutian Keluarga Itu Penting

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera !

Bilakah kali terakhir anda pergi bercuti bersama keluarga? Seperti kebiasaan, alasan yang sering diguna untuk tidak mengikuti percutian keluarga adalah kerana terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan atau wang yang ada adalah tidak mencukupi.  Namun berhadapan dengan rutin sehari-hari juga akan memberi kesan kepada mental dan fizikal kita dan percutian itu sebenarnya sangat penting bagi menyegarkan semula diri, fikiran dan sumber idea kita.


3 Sebab Mengapa Percutian Keluarga Itu Penting


Berikut adalah tiga sebab percutian keluarga adalah penting dalam kehidupan :


1. Berpeluang meluangkan masa berkualiti dengan keluarga

Di era moden ini, setiap dari kita tidak kira ibu bapa mahupun anak-anak semuanya terikat dengan aktiviti sendiri sama ada kerja, sekolah, aktiviti sukan, perbicangan dan aktiviti-aktiviti lain. Mungkin yang ada hanyalah sedikit masa untuk duduk dan berbual bersama-sama, itupun pada hujung minggu. Itu tidak cukup untuk kita berkongsi kesemua yang terjadi sepanjang tempoh tiadanya perbualan. Jadi, dengan bercuti bersama ia akan mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan dan mampu memberi masa yang berkualiti untuk sesebuah keluarga itu.

2. Mewujudkan kenangan

Jangan lupa untuk merakam foto bersama semasa pergi bercuti sebagai kenangan untuk anda dan keluarga. Hal ini supaya beberapa tahun akan datang anda boleh membuka kembali album dan mengenang kembali kenangan indah ini. Walaupun hakikatnya kenangan yang indah pastinya akan sentiasa tersemat di dalam hati setiap insan.

3. Mempelajari perkara-perkara baru


Tidak kiralah anda dan keluarga bercuti ke luar negara atau hanya di dalam negara, sekiranya anda menjejakkan kaki ke tempat baharu, anda mungkin berpeluang untuk belajar perkara yang berbeza. Walaupun mungkin kewangan anda tidak mengizinkan anda untuk mengambil percutian mewah. Namun, tiada apa yang perlu anda khuatirkan kerana bercuti dalam negara juga sudah memadai, cukuplah ia membawa anda lari dari rutin biasa. Anda dan keluarga pastinya akan mendapat manfaat daripada rehat yang diperolehi dari suasana baru itu. 


Jangan biarkan wang dan masa menjarakkan anda dan keluarga anda. Bercuti bersama pastinya akan membawa banyak manfaat. Kereta Sewa Petaling Jaya sentiasa berbesar hati untuk menemani percutian anda. Jom tempah kenderaan anda sekarang. Myvi, Viva, Alza, Persona, Exora, Vellfire mahupun Van Hiace, semuanya dengan harga yang berpatutan. Tempah Segera ! Kenderaan Terhad.




* Kereta Sewa PJ menawarkan perkhidmatan kereta sewa di PJ, Kelana Jaya, Puchong, Subang dan kawasan sekitar. Call direct line Kereta Sewa PJ 019 3105 777 atau Hotline 1300-88-4040. Anda juga boleh menempah secara online di www.klezcar.com


Sunday, April 16, 2017

Bagaimana Menjaga Bateri Kereta (3 Cara) ?

Bagaimana Menjaga Bateri Kereta (3 Cara) ?


Assalamualaikum, Dah lari bajet bulan ni sebab terpaksa beli bateri kereta sekali lagi? Baru je tukar bateri haritu, belum cukup tempoh dah perlu ditukar lagi. Macam mana nak jaga bateri bagi tahan lama ni? 

Ok, jika itu yang anda alami, mari kami kongsikan 3 cara bagaimana untuk anda menjaga bateri kereta supaya tidak lagi perlu diganti dengan kerap. Sebagai pemilik kenderaan penting untuk anda tahu perkara ini, hanya perlukan 5 minit sahaja masa anda sebelum anda memulakan perjalanan. Jom Ambil Tahu !


1) Penyelenggaraan air bateri

Lakukan penyelenggaraan pada air bateri seminggu sekali. Isikan semula sehingga ia mencapai tahap yang normal sekiranya telah berada pada paras yang rendah, .


*Elakkan isi air bateri secara berlebihan kerana limpahan tersebut boleh merosakkan bahagian enjin kereta yang lain.



2) Buang Debu Putih


Buangkan debu putih pada terminal bateri dengan cara :

Bancuhkan natrium karbonat (serbuk penaik) dan satu sudu teh serbuk serta satu cawan air dan bilaskan terminal tersebut. Kemudian, bilas pula dengan air biasa.


3) Memeriksa Keadaan Bateri

Pastikan periksa bateri terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Hal ini kerana a
da kemungkinan penutup bateri hilang, bahagian bateri retak dan sebagainya. Dengan ini, anda dapat mengelakkan risiko yang boleh membahayakan keselamatan dalam perjalanan tersebut.


Sumber : Forum


* Kereta Sewa PJ menawarkan perkhidmatan kereta sewa di PJ, Kelana Jaya, Puchong, Subang dan kawasan sekitar. Call direct line Kereta Sewa PJ 019 3105 777 atau Hotline 1300-88-4040. Anda juga boleh menempah secara online di www.klezcar.com

Friday, April 14, 2017

Kereta Sewa KL | 12 Lokasi Menarik PERCUMA di Kuala Lumpur

Kali ini saya akan kongsikan kepada anda 12 lokasi menarik di KL yang PERCUMA, tidak perlu membayar tiket untuk masuk ke tempat tersebut.
Maklum la, sekarang ni semua keluarga cuba mengawal kewangan masing-masing. Tetapi nak bawa keluarga bersiar-siar, tapi nak bajet. Haa jangan risau, saya akan kongsikan pada anda semua.

Jika kereta anda tidak muat untuk membawa keluarga anda bersiar-siar di KL, jangan risau, hubungi sahaja kereta sewa KL untuk menyewa kereta mpv atau pun sedan dengan kami.
Sila simpan no ni yer, 019 310 5777 atau 1300 88 4040 Kereta Sewa Klezcar Seluruh Malaysia.

Ok, ini saya senaraikan 12 lokasi yang anda bole lawati dengan percuma.

1. Muzium Polis Diraja Malaysia.
2. National Textile Museum
3. Bank Negara Museum Art & Gallery
4. Bangunan Sultan Abdul Samad
5. Dataran Merdeka
6. Museum of Asian Art
7. Taman KLCC
8. Hutan Simpan Bukit Nenas (Taman Eko Rimba KL)



9. Taman Orkid Kuala Lumpur
10. Taman Tasik Titiwangsa
11. Taman Rusa Dan Kancil
12. Galeri Petronas KLCC

* Kereta Sewa PJ menawarkan perkhidmatan kereta sewa di KL, PJ, Kelana Jaya, Puchong, Subang dan kawasan sekitar. Call direct line Kereta Sewa PJ 019 3105 777 atau Hotline 1300-88-4040. Anda juga boleh menempah secara online di www.klezcar.com

Sunday, April 09, 2017

Kereta Sewa PJ | Bukan Sahaja Kawasan PJ, Malah KL Juga Kami Sediakan Servis Kereta Sewa Ini.

Anda mencari kereta sewa di KL?
Kami ada jawapan untuk anda. Hubungi sahaja Kereta Sewa PJ 0193105777 untuk mendapatkan perkhidmatan kereta sewa KL.

Jarak lokasi pejabat kami yang berada di Taman Sri Manja hanyalah berada lebih kurang 7 km sahaja dengan kawasan Mid Valley dan Bangsar.

Kami juga ada menyediakan kereta sewa mewah di KL seperti Vellfire dan Honda Accord.

Anda perlukan kereta sewa bersama dengan pemandu (chauffeur), jangan risau kami ada sediakan servis ini untuk anda.

* Kereta Sewa PJ menawarkan perkhidmatan kereta sewa di PJ, KL Kelana Jaya, Puchong, Subang dan kawasan sekitar. Call direct line Kereta Sewa PJ 019 3105 777 atau Hotline 1300-88-4040. Anda juga boleh menempah secara online di www.klezcar.com

Thursday, March 30, 2017

Kereta Sewa Breakdown? Jangan Risau.

Ramai di kalangan pelanggan kami menyuarakan rasa kebimbangan apabila mereka meyewa kereta dengan mana-mana syarikat, dan kereta sewa tersebut mengalami masalah di tengah jalan, macam mana mereka nak uruskan.

Apa tah lagi menyewa kereta di Kelana Jaya sebagai contoh, tapi breakdown di Kulim, Kedah masa perjalanan pulang ke kampung. Kan dah mula start panik. 

Tapi anda jangan risau, apabila anda menggunakan perkhidmatan kereta sewa PJ yang mana kami bernaung di bawah jenama KLEZCAR, kami menjanjikan anda akan mendapat kereta ganti dalam masa 24jam. 

Cawangan Klezcar yang banyak dan berada di seluruh Malaysia adalah memberikan satu kelebihan kepada pihak kami untuk manawarkan jaminan ini kepada semua pelanggan kami. 

Jika anda mengalami masalah di tengah malam, hubungi sahaja talian hotline kami 1300 88 4040 yang beroperasi 24jam. 

Mungkin ada yang masih tidak tahu, Klezcar juga mempunyai kaunter kereta sewa di KLIA2. Anda tidak perlu lagi risau dan tidak perlu menunggu masa yang lama untuk menunggu kereta sewa tiba di KLIA yang mana ianya dihantar dari lokasi lain. Anda akan jimat dari segi caj penghantaran yang dikenakan kepada anda. 

Anda boleh menghubungi talian direct kaunter kereta sewa KLIA2 019 7638 777 atau membuat tempahan secara online di http://www.klezcar.com/


* Kereta Sewa PJ menawarkan perkhidmatan kereta sewa di PJ, Kelana Jaya, Puchong, Subang dan kawasan sekitar. Call direct line Kereta Sewa PJ 019 3105 777 atau Hotline 1300-88-4040. Anda juga boleh menempah secara online di www.klezcar.com

Wednesday, March 22, 2017

Chauffeur Service @ Perkhidmatan Sewa Kereta Dengan Pemandu | Kereta Sewa PJ

Mungkin ada yang tidak sedar pihak Kereta Sewa PJ ada menyediakan perkhidmatan Chauffeur atau sewa kereta bersama pemandu. Perkhidmatan ini disediakan bagi memenuhi permintaan pelanggan yang memerlukan pemandu peribadi bagi tempoh yang singkat mahupun panjang, Insyaallah pihak Kereta Sewa PJ amat berbesar hai untuk melayan permintaan pelanggan.

Harga yang kami tawarkan amat kompetetif. Untuk penggunaan kereta Vellfire bersama dengan pemandu, kami hanya mengenakan caj sebanyak rm950 sahaja untuk perkhidmatan dalam bandar Kuala Lumpur dari jam 8am-5pm. Caj ini adalah termasuk dengan minyak, tol dan parking. Pihak pelanggan tidak perlu membayar kos minyak dan tol yang mana ianya sudah termasuk di dalam pakej yang kami sediakan ini.

Selain dari kereta sewa Vellfire, kami juga mempunyai Estima, Alphard, Innova, Exora, Van Hiace, Accord, Camry dan lain-lain model.

Hubungi sahaja pihak Kereta Sewa PJ di talian 0193105777 untuk menempah perkhidmatan chauffeur anda.




* Kereta Sewa PJ menawarkan perkhidmatan kereta sewa di PJ, Kelana Jaya, Puchong, Subang dan kawasan sekitar. Call direct line Kereta Sewa PJ 019 3105 777 atau Hotline 1300-88-4040. Anda juga boleh menempah secara online di www.klezcar.com