Sunday, April 16, 2017

Bagaimana Menjaga Bateri Kereta (3 Cara) ?

Bagaimana Menjaga Bateri Kereta (3 Cara) ?


Assalamualaikum, Dah lari bajet bulan ni sebab terpaksa beli bateri kereta sekali lagi? Baru je tukar bateri haritu, belum cukup tempoh dah perlu ditukar lagi. Macam mana nak jaga bateri bagi tahan lama ni? 

Ok, jika itu yang anda alami, mari kami kongsikan 3 cara bagaimana untuk anda menjaga bateri kereta supaya tidak lagi perlu diganti dengan kerap. Sebagai pemilik kenderaan penting untuk anda tahu perkara ini, hanya perlukan 5 minit sahaja masa anda sebelum anda memulakan perjalanan. Jom Ambil Tahu !


1) Penyelenggaraan air bateri

Lakukan penyelenggaraan pada air bateri seminggu sekali. Isikan semula sehingga ia mencapai tahap yang normal sekiranya telah berada pada paras yang rendah, .


*Elakkan isi air bateri secara berlebihan kerana limpahan tersebut boleh merosakkan bahagian enjin kereta yang lain.



2) Buang Debu Putih


Buangkan debu putih pada terminal bateri dengan cara :

Bancuhkan natrium karbonat (serbuk penaik) dan satu sudu teh serbuk serta satu cawan air dan bilaskan terminal tersebut. Kemudian, bilas pula dengan air biasa.


3) Memeriksa Keadaan Bateri

Pastikan periksa bateri terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Hal ini kerana a
da kemungkinan penutup bateri hilang, bahagian bateri retak dan sebagainya. Dengan ini, anda dapat mengelakkan risiko yang boleh membahayakan keselamatan dalam perjalanan tersebut.


Sumber : Forum


* Kereta Sewa PJ menawarkan perkhidmatan kereta sewa di PJ, Kelana Jaya, Puchong, Subang dan kawasan sekitar. Call direct line Kereta Sewa PJ 019 3105 777 atau Hotline 1300-88-4040. Anda juga boleh menempah secara online di www.klezcar.com

No comments:

Post a Comment