Friday, July 25, 2014

Berapa Kerap Anda Patut Periksa Paras Minyak Enjin/Minyak Hitam? 

Anda disarankan untuk periksa paras minyak hitam sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. Kalau boleh buat lebih daripada sekali – itu lagi baik. Terutamanya bagi kereta yang disewakan kepada orang ramai, perkara ini patut diberi perhatian yang serius!!

Mengapa Anda Patut Titik Beratkan Pemeriksaan Minyak Hitam?




Kenderaan kita boleh diibaratkan seperti badan kita sendiri. Jika terlalu sibuk hingga mengabaikan kesihatan diri, maka natijahnya sudah pasti padah! Begitu juga dengan kenderaan kita, jika terlalu leka dan mengambil remeh hal ehwal penyenggaraannya, jangan terkejut jika bengkel kereta menjadi rumah utama kenderaan anda!


Anda patut risau tentang paras minyak hitam berbanding dengan warnanya. Enjin yang membakar minyak dengan kadar banyak berkemungkinan disebabkan oleh injap yang telah rosak, atau gelang omboh (piston rings) serta lain-lain bahagian yang perlu diganti. Walaupun tiada kesan bocoran yang boleh dilihat di bawah kereta, kenderaan anda masih boleh mengalami kebocoran minyak.

Walau apa jua puncanya, paras minyak hitam yang rendah bermakna terdapat kekurangan pelincir untuk enjin anda. Ini boleh menyebabkan peningkatan kadar haus dan lusuh (wear and tear). Minyak yang mengelilingi enjin anda sebenarnya membantu untuk menyejukkan bahagian yang bergerak. Jadi, jika minyak  ini tidak mencukupi, enjin anda akan menjadi lagi panas!



Minyak enjin berwarna kuning jingga/ambar pada asalnya dan kemudian berubah menjadi gelap hingga akhirnya menjadi hitam. Walaupun ini menjadi petunjuk untuk menukar minyak hitam, anda patut gunakan masa dan jarak sebagai panduan anda. Ikuti selang untuk masa/jarak yang telah ditetapkan oleh pengeluar kereta anda dan pastikan anda membuat penukaran minyak sekurang-kurangnya setahun sekali tak kira berapa jauh pun anda telah memandu.

p/s:Raya tinggal lagi beberapa hari je lagi..mungkin ada yang outstation jauh.Tunggu apa lagi,Pergi le servies kereta tue.Nanti kalo bengkel semua full book untuk servies.Sendiri yang susah nanti.

Terima kasih kerana membaca hasil nukilan dari kami keretasewapj 

Ingat kereta sewa..ingat keretasewapj

www,klezcar.com

No comments:

Post a Comment