Wednesday, July 09, 2014

Soal Jawab Bersama Kereta Sewa PJ

FAQ

Soalan yang sering ditanya (FAQ)




S : Kenapa harga sewa kereta lagi mahal atau sama mahal macam sewa bilik atau rumah?
J : Sebab kereta adalah aset/harta yang bergerak, bila bergerak mileage makin naik, dan perlukan maintenance yang banyak untuk memastikan kereta sentiasa dalam kondisi terbaik. Rasionalnya, rumah makin lama makin mahal harga, tapi kereta makin lama makin turun harga. :)

S: Kenapa kena bagi dokumen penting untuk sewa kereta, kalau bagi duit atau IC saja tak boleh ke?

J : Sebab kami buat kereta sewa tanpa pemandu, pendek kata kami bukan teksi. Justeru amat penting segala dokumen yang diperlukan untuk memastikan risiko-risiko yang boleh berlaku dapat dikurangkan, dan ini juga sebagai tanda kejujuran dan keikhlasan penyewa. Bayangkan jika ada orang ingin meminjam kereta anda padahal anda tak pernah mengenalinya, secara logiknya anda pasti takkan beri pinjam kan. :)


S: Kenapa Kena Bayar Deposit? Bayar untuk yang kita nak sewa sudahlah.
J: Deposit ini Sebagai Bayaran Securiti untuk Kereta sewa kami sekiranya terjadi apa-apa pada kereta,seperti Calar,Kotor,Kereta Berbau,Contoh Sekiranya anda meminjam kereta dengan kami dan,setelah selesai semuanya dan dipulangkan semula.. Didapati kereta berbau busuk dan sangat kotor. Dengan Bayaran Deposit ini yang akan mencover balik sekiranya dalam masa yang sama ada pihak hendak menyewa,tapi tidak dapat menyewa. Dan Bayaran ini akan menjadi kos pembersihan untuk kereta.

S: Kereta Sewa Korang kereta baru ke kereta lama? 
J: Jangan risau,semua kereta kita baru dan berkeadaan baru,elok,dan boleh berjalan jauh kita sangat menjaga maintenance dan servies sekiranya sudah sampai masa,Kita juga mempunyai Res Q team sekiranya kereta breakdown atau mengalami masalah diatas jalan raya.

S: Minyak Isi sendiri ke?
Biasanya Minyak akan ditanggung oleh penyewa, Kebiasaan penyewa akan mendapat minyak yang cukup untuk penyewa memulakan perjalanan

 S: Bila Masa yang sesuai untuk Booking Kereta untuk Hari-Hari Biasa atau cuti Umum.
J: Buat Booking anda sekarang juga sebelum terlambat.On the spot booking tidaklah digalakkan..Sekiranya jika anda ingin menyewa pada hari Jumaat ,Sabtu Ahad ,seeloknya Telefon kami 1-2 hari untuk memudahkan anda mendapat kereta pada hari yang berkenaan. 

P/S:Sekiranya Korang ada soalan yang tetiba  terlintas dalam kepala korang..Boleh dilontarkan pada kotak komen kitaorang.InsyaAllah kami akan menjawab dengan sebaik mungkin.


kami di Kereta Sewa PJ amat mementingkan kepuasan pelanggan.




Ingat kereta Sewa ingat Keretasewapj www.klezcar.com

 



No comments:

Post a Comment