Wednesday, December 03, 2014

Tips Jimat Minyak Kereta Auto


1. Tidak menekan minyak dengan banyak dan secara tiba-tiba sewaktu berlepas dari keadaan henti. Mulakan dengan 2000rpm kitaran enjin dan sedikit-demi sedikit maintain 2500rpm.

2. Hadkan kelajuan enjin 2000rpm - 3000rpm di highway ( saya mencapai 80kmh @ 2000rpm di highway )

3. Pilih pejabat yang menawarkan flexible working hours. Elakkan bertemu dengan kesesakan lalulintas. Jadi pilih waktu yang terbaik di mana jalan raya kosong. Dengan ini penukaran gear akan dijimatkan dan sekaligus meningkatkan mileage kereta anda.

4. Pilih waktu sedang sejuk untuk bergerak, kerana di waktu panas, petrol mudah meruap dan menambahkan pengunaan.

5. Kurangkan perubahan pendikit minyak, jika bawa 3000rpm, cuba kekalkan rentak selama yang mungkin. Ini disebabkan jika anda mengubah tekanan pedal, fuel pump akan bekerja lebih untuk menyalurkan minyak tambahan

6. Kosongkan kereta anda, jangan bawa muatan berlebihan. Lagi ringan kereta lagi jimat.

7. Pastikan tayar anda mempunyai angin yang cukup dan sekata

8. Gunakan highway dari jalan yang mempunyai selekoh. Anda secara automatik akan memperlahankan kenderaan jika menghampiri selekoh, sekaligus gear akan terturun secara automatik. Ini menyebabkan tork akan berlebihan pengunaannya, sekaligus menambahkan pengunaan minyak anda.

9. Sentiasa tambah minyak jika meter telah menunjukkan 50%. Ini kerana untuk menjaga kesihatan fuel pump anda.. Jika fuel pump sihat, minyak yang dibekalkan pun sihat.

10. Sentiasa pastikan minyak enjin ditukar mengikut waktu. Jika anda menggunakan semi sintetik, kadar 5000km sudah memadai untuk menukar ke minyak baru. Minyak yang tidak ditukar, menyebabkan enjin sukar berputar, sekaligus menggunakan banyak petrol untuk bergerak.

Tips ini di copy n paste dari forum Cari. Terima kasih kepada penulis yang telah berkongsikan tips ini.

Kereta Sewa PJ menawarkan perkhidmatan kereta sewa di sekitar PJ, Kelana Jaya, Puchong, Subang dan kawasan sekitar. Call direct line Kereta Sewa PJ 017-877 2280 atau 
Hotline 1300-88-4040.
* KLezBike | Harley Davidson For Rent in Kuala Lumpur http://www.klezbike.com/
Call hotline free toll 1300-88-4040

No comments:

Post a Comment