Assalamualaikum dan salam jumaat para pembaca dan pelanggan
Keretasewapj Kali ini saya ingin kongsikan mengenai cara penjagaan gearbox manual dan auto.
Apabila
kita membeli kereta baru, semua peralatan adalah baru termasuk gear
box. Dan jika kita perhatikan, ada dinyatakan apabila millage kereta
kita mencecah 1,000 km, kita perlu hantar kereta untuk service pertama.
Service pertama adalah check up terakhir yang sepatutnya dibuat pada
semua kereta oleh pengeluar kereta.
Perkara yang diperiksa pada
service pertama termasuk menukar semua jenis minyak pada kereta termasuk
minyak gear box. Jangan abaikan service pertama ini kerana pada masa
ini minyak enjin dan minyak gear box yang mengandungi lebihan besi atau
habuk besi di dalam enjin akan dibuang bagi mengelakkan enjin dan gear
box terhakis.
Bagi yang membeli kereta secondhand, apa yang perlu
dibuat, tukar minyak gear box sebaik sahaja anda membeli kereta
tersebut dan rekodkan bacaan millage kereta anda. Bagi auto, setiap
15,000 atau 20,000 km, tukar minyak gear box anda.
Bagi manual,
setiap 40,000 atau 50,000 km tukar minyak gear box anda. Perkara ini
sangat penting bagi menjamin gear box anda sentiasa bergerak lancar dan
dalam keadaan “normal operating temperature” sepanjang masa.
Bagaimanapun millage yang perlu bagi menukar minyak gear box bergantung
kepada kereta dan jenis gear box (ikut panduan dalam manual kereta).
Saya
cadangkan setiap dua kali tukar minyak gear box, masukkan sedikit gear
treatment. Setiap kali service kereta, minta mekanik memeriksa sekali
paras minyak gear box kereta anda. Pastikan ia berada melebihi paras
minima. JANGAN MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK GEAR KURANG DARI PARAS
MINIMA BAGI MENGELAK KEROSAKKAN GIGI GEAR.
Bagi kereta manual,
semasa memandu jangan sekali-kali meletakkan kaki anda di atas pedal
clutch. In boleh memendekkan jangka hayat clutch plate nada dan
merosakkan gigi gear kereta anda. JANGAN CUBA LAKUKAN ‘SPIN WHEEL’.
Laraskan paras clutch supaya berada dalam keadaan yang sesuai dengan
panjang kaki anda (minta bantuan mekanik).
Jangan paksa sekiranya
gear tak masuk sebaliknya cuba lepaskan handbrek dahulu (terutama
kancil). Semasa berada di lampu traffic, naturalkan gear dan tarik
handbrek. Jangan biar enjin melahu dalam keadaan bergear. Minta bantuan
mekanik untuk mengenal pasti kelajuan maksimum gearbox kereta anda dan
jangan memandu melebihi kelajuan maksimum ini.
Bagi kereta auto,
pastikan anda faham kegunaan semua paras gear iaitu P, R, D, L, 2 dan 3.
Bagi pemanduan biasa, gunakan cuma D dan bila memotong, gunakan
“overdrive button”. Sekiranya kerata anda tidak mempunyai overdrive
button (wira 1.6 mempunyai overdrive button dan tidak pada wira 1.3,
1.5, kancil), anda perlu menerima hakikat yang kereta anda tidak boleh
dipandu secara aggresive.
Jangan gunakan overdrive button pada
kelajuan melebihi 100 km/j kerana fungsi overdrive button adalah seperti
kita menurunkan gear dari gear 5 ke gear 4 apabila memotong dan tetap
pada gear 4 sehingga kita offkan overdrive button.
Bayangkan pada
kelajuan melebihi 100 km/j kita turunkan gear ke gear 4 atau 3. Kalau
kita tak bernasib baik, kita mungkin dapat mengutip segala gear dan skru
bertaburan di atas jalan. Gear 2, 3 dan L adalah untuk kegunaan mendaki
iaitu apabila kereta kita tidak dapat mendaki cerun yang curam. Paras
gear ini hanya untuk kegunaan kelajuan rendah (bergantung pada jenis
kereta).
Bagi kereta semi auto, triptronik dan steptronik.
Penggunaan minyak gearbox yang di‘recommend’kan oleh pengeluar adalah
sangat mustahak. JANGAN SEKALI-KALI MENUKAR JENIS MINYAK GEAR BOX
KECUALI MENDAPAT NASIHAT DARIPADA PENGELUAR. Penukaran gear dari tinggi
ke rendah juga mesti mengikut kelajuan yang disarankan oleh pengeluar.
Sekiranya
terdapat lelehan atau kebocoran minyak atau minyak keluar dari gearbox
anda, jangan panik, gear box anda tidak rosak, kemungkinan cuma oil seal
gear box sudah ‘mati’. Cuma periksa paras minyak gear box dengan lebih
kerap dan pastikan ianya sentiasa cukup.
Setiap kali kita menukar
clutch plate, tukar juga oil seal walaupun ianya tidak bocor kerana
jangka hayat oil seal dalam gearbox biasanya sama dengan jangka hayat
clutch plate. Akhir sekali, sekiranya anda menggunakan kereta auto
buatan Eropah atau bukan Jepun, pastikan jangan usik apa-apa wayar yang
bersambung dengan gear box apabila upgrade sistem bunyi, alarm atau
apa-apa pengubahsuaian.
Dan cuba ‘belai’ dan ‘memandu dengan
lemah lembut’, kerana kalau gear box rosak, kos membaiki purata RM2000
dan untuk menukar gear box RM7000 (kedai potong) atau RM12000 (recon dan
disahkan EON) (kecuali Perdana V6 = RM 22000).
Kami di
Kereta Sewa pj amat menitik beratkan pekara-pekara diatas kerana kami ingin memastikan kereta kami didalam keadaan yang sangat terbaik untuk pelanggan-pelanggan kami.
Untuk menyewa kereta dengan kami boleh call terus hubungi
017.877.2280 @ 017.638.6305 untuk mendapatkan harga mengikut kemampuan anda.
"Ingat kereta sewa..ingat kereta Sewa pj"