Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera !
Bilakah kali terakhir anda pergi bercuti bersama keluarga? Seperti kebiasaan, alasan yang sering diguna untuk tidak
mengikuti percutian keluarga adalah kerana terlalu banyak kerja yang perlu
disiapkan atau wang yang ada adalah tidak mencukupi. Namun berhadapan dengan rutin sehari-hari juga
akan memberi kesan kepada mental dan fizikal kita dan percutian itu sebenarnya sangat
penting bagi menyegarkan semula diri, fikiran dan sumber idea kita.
3 Sebab Mengapa Percutian Keluarga Itu Penting
Berikut adalah tiga sebab percutian keluarga adalah penting dalam kehidupan :
1. Berpeluang meluangkan masa berkualiti dengan keluarga
Di era moden ini, setiap dari kita tidak kira ibu bapa
mahupun anak-anak semuanya terikat dengan aktiviti sendiri sama ada kerja,
sekolah, aktiviti sukan, perbicangan dan aktiviti-aktiviti lain. Mungkin yang ada
hanyalah sedikit masa untuk duduk dan berbual bersama-sama, itupun pada hujung
minggu. Itu tidak cukup untuk kita berkongsi kesemua yang terjadi sepanjang
tempoh tiadanya perbualan. Jadi, dengan bercuti bersama ia akan mengeratkan lagi
ikatan kekeluargaan dan mampu memberi masa yang berkualiti untuk sesebuah
keluarga itu.
2. Mewujudkan kenangan
Jangan lupa untuk merakam foto bersama semasa pergi bercuti sebagai
kenangan untuk anda dan keluarga. Hal ini supaya beberapa tahun akan datang
anda boleh membuka kembali album dan mengenang kembali kenangan indah ini. Walaupun
hakikatnya kenangan yang indah pastinya akan sentiasa tersemat di dalam hati
setiap insan.
3. Mempelajari perkara-perkara baru
Tidak kiralah anda dan keluarga bercuti ke luar negara atau
hanya di dalam negara, sekiranya anda menjejakkan kaki ke tempat baharu, anda mungkin
berpeluang untuk belajar perkara yang berbeza. Walaupun mungkin kewangan anda
tidak mengizinkan anda untuk mengambil percutian mewah. Namun, tiada apa yang
perlu anda khuatirkan kerana bercuti dalam negara juga sudah memadai, cukuplah ia membawa
anda lari dari rutin biasa. Anda dan keluarga pastinya akan mendapat manfaat
daripada rehat yang diperolehi dari suasana baru itu.
Jangan biarkan wang dan masa menjarakkan anda dan keluarga anda. Bercuti bersama pastinya akan membawa banyak manfaat. Kereta Sewa Petaling Jaya sentiasa berbesar hati untuk menemani percutian anda. Jom tempah kenderaan anda sekarang. Myvi, Viva, Alza, Persona, Exora, Vellfire mahupun Van Hiace, semuanya dengan harga yang berpatutan. Tempah Segera ! Kenderaan Terhad.
* Kereta Sewa PJ menawarkan perkhidmatan kereta sewa di PJ, Kelana Jaya, Puchong, Subang dan kawasan sekitar.
Call direct line Kereta Sewa PJ 019 3105 777 atau Hotline 1300-88-4040.
Anda juga boleh menempah secara online di www.klezcar.com